AZAM ACHIEVERS MANAGEMENT

Azam Achievers Management lahir dari cetusan impian membara seorang insan biasa yang mempunyai keinginan untuk membentuk dan membina generasi usahawan yang progresif moden yang dinamik dan efektif dunia akhirat dalam industri kewangan bersandarkan muamalat Islam di dalam Kumpulan Maybank, Etiqa Takaful Berhad.

Nur Azam Zamberi, seorang Pengarah Agensi Kumpulan optimistik yang dahulunya 'telah melaksanakan' impian orang lain selama beberapa tahun didalam organisasi multinasional Berhad, kini cekal dengan penuh positif untuk melakarkan impian sendiri yang berkobar untuk membina generasi Billionaire dengan menggunakan platform perniagaan berasaskan perancangan kewangan Islam diatas semangat 'ONE DREAMS'.

Pemegang standard profesional kewangan AFPM, IFP dari FPAM ini melangkau jauh dalam arena agensi @ pembina achievers ini dengan memanipulasikan peluang dan ruang dunia maya yang tanpa sempadan ini dengan web perkongsian maklumat azam.my agar bimbingan ilmu dan praktikal perniagaan menjadi lebih dinamik dan efektif, malah menjadikan ia lebih menarik! Disini, kami pembina JUARA dan disini juga segala impian bermula...