YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 21 Jun 2011 yang mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Motto YIDE adalah “PRIHATIN KEBAJIKAN UMMAH”. Matlamat YIDE adalah memberi bantuan kecemasan(malapetaka seperti kemalangan, kebakaran dan bencana alam), menyediakan Perkhidmatan Pusat Rawatan Hemodialisis dan menguruskan hal ehwal anak-anak yatim Negeri Selangor.