TENAGA JAYA CONSTRUCTION

Tenaga Jaya Construction (CA0091906-W) telah mula beroperasi sejak tahun 1994 di sebuah kilang kecil di Kg. Megat , Segama. Pada ketika itu , fokus perniagaan adalah pada pembuatan besi. Pada tahun 2005, fokus perniagaan menghala kepada pembinaan banglo persendirian. Oleh itu, pejabat Tenaga Jaya Construction telah mula beroperasi di Simpang, Songsang, Temerloh. Syarikat kami bukan sahaja menawarkan perkhidmatan bina rumah baru di atas tanah sendiri, malahan terdapat beberapa perkhidmatan lain.