Melaka Kini Sdn Bhd (433318-H) merupakan sebuah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Mula ditubuhkan pada 8 Mei 1982, di bawah nama Penerbitan Iksep Sdn Bhd, ia kemudiannya pada 4 Jun 2008 telah ditukar nama kepada Melaka Hari Ini Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MHI.
Namun demikian, dengan mengambil kira peranan syarikat ini sebagai media utama dalam menyalurkan maklumat berkenaan usaha serta agenda pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat, maka pada 7 November 2018, ia sekali lagi ditukarkan nama kepada Melaka Kini Sdn Bhd dan akhbar MHI dijenamakan semula sebagai MelakaKini.
Akhbar MelakaKini dicetak sebanyak 30,000 naskah dan diterbitkan setiap Khamis. Ianya adalah akhbar bersaiz kompak berkonsepkan akhbar harian dan majalah. Dengan slogan ‘Media Utama Negeri Melaka’, akhbar MelakaKini mengandungi 32 muka surat dan diedarkan secara percuma. Ruangan berita MelakaKini meliputi berita melibatkan aktiviti-aktiviti pentadbiran Kerajaan Negeri, isu semasa serta aduan rakyat, ekonomi, antarabangsa dan sukan. Terbaharu, ruangan dalam Bahasa Inggeris turut diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk meluaskan skop pembaca.