MAIWP DAGANG

  • Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Kerajaan pada Julai 2011 telah mengumumkan untuk memerangi kos sara hidup yang kian meningkat dijadikan sebagai petunjuk ketujuh dalam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA).

Kajian telah menunjukkan bahawa golongan berpendapatan rendah memperuntukkan 94% pendapatan untuk perbelanjaan keperluan asas. Menyedari hakikat ini, MAIWP sebagai sebuah agensi yang antara objektifnya adalah memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan, melihat langkah kerajaan untuk memperbanyakkan kedai rakyat 1 Malaysia sebagai ruang dan peluang untuk berada di barisan hadapan bagi merealisasikan hasrat kerajaan tersebut. 

Melalui perkongsian pintar antara MAIWP, Jabatan Wakaf, Zakat Dan haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama-sama dengan pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd.

(MYDIN) telah bersama-sama merancang dan melaksanakan penubuhan Kedai Rakyat MAIWP. 

Dengan itu tertubuhlah Kedai Rakyat MAIWP (KRM) pada 27 September 2011 bertempat di Presint 5, Putrajaya dengan slogan ‘Bersama Menyantuni Rakyat’. 

MAIWP selepas itu terus berusaha membuka lebih banyak cawangan KRM di lokasi-lokasi lain yang strategik menerusi syarikat miliknya, MAIWP Dagang Sdn. Bhd.