Sophia Wealth Management ( SWM) lahir daripada cetusan seorang insan yang bernama Abdurrahman bin Abdul Kadir yang mempunyai keinginan bagi membantu dan membentuk usahawan Islam pada masa kini lebih efisien telus, dan dinamik berlandaskan muamalat Islam dalam Kumpulan Etiqa Takaful Bhd. Beliau merupakan seorang yang sangat optimis dengan cita-cita beliau demi menggapai impian beliau pada suatu hari nanti dengan menggunakan platform perniagaan berasaskan kewangan Islam. Beliau juga merupakan seorang pemegang MDRT (Million Dollar Round Table) yang diimpikan oleh setiap orang yang memasuki bidang perundingan kewangan Islam.